Monday, 6 June 2011

Petua Untuk Beli Emas

Petua Membeli Emas

Ramai yang berhasrat untuk memiliki emas fizikal. Baiklah, apakah petua untuk kita lihat dalam membuat pembelian emas ini?!

Mari sama-sama kita lihat.


1. Jenis emas

o Perkara yang paling penting ialah jenis emas yang bakal dimiliki.

o Seeloknya ialah emas fizikal yang boleh di pajak atau jual bila-bila masa
di waktu perlu, bukannya akaun emas, saham emas, sijil emas, atau
senangnya emas maya tidak elok. Malah ianya tidak jelas hukumnya disisi
agama kita islam.

o Emas yang dimiliki ialah emas pelaburan iaitu, sama ada ianya goldbar, gold
coin atau dinar kerana kesemua ini memang dicipta khas untuk pelaburan maka
susut nilainya adalah kecil.

o Manakala emas dalam bentuk barang kemas pula kurang elok kerana susut
nilainya adalah besar apabila kita hendak menolaknya di kedai-kedai emas.
Ini kerana barang kemas bukan dicipta untuk pelaburan tetapi ianya sebagai
perhiasan wanita.

2. Ketulenan Emas

o Ketulenan emas dinilai melalui Karat atau 'K'.

o Emas paling tulen ialah emas 24k, dan seterusnya 22.8k atau 23k, 22k, 20k,
18k

o Semakin kecil karatnya, semakin kurang tulen emas itu.

o Ia juga ada disebut dalam bentuk 3 angka sebagai mewakili peratusan emas
dalam sebatian

o Emas 999.9 ialah emas 24k, emas 995 ialah emas 23k, 916 emas 22k, 875 emas
20k dan emas 850 ialah emas 18k.

o Semakin tulen emas yang disimpan adalah semakin baik.

o Emas 24k, 23k dan 22k dikira emas yang paling baik untuk disimpan sebagai
pelaburan.

3. Harga jual

o Sebenarnya, harga emas adalah penting untuk dilihat dalam membeli emas,
namun ianya bukanlah perkara yang paling penting kerana harga emas ini akan
sentiasa naik.

o Walaupun begitu, adalah bijak untuk kita mendapatkan harga emas yang murah

o Untuk itu, kita kena tahu harga semasa pasaran dunia, harga semasa pasaran
tempatan yang ditetapkan oleh FGJAM dan harga-harga emas di banyak tempat
yang ditawarkan sebagai perbandingan

o Sebagai contoh, sekiranya harga FGJAM dan kedai-kedai emas di Malaysia
menjual emas 24k pada harga RM172/g, mengapa kita harus membeli emas 24k
yang dijual pada harga RM192/g

4. Spread

o Spread ialah beza harga jual dan beli oleh pihak yang menjual emas kepada
pelanggan.

o Secara mudahnya, peratusan spread boleh dikira dengan mecari beza harga
jual dan beli yang kemudian dibahagikan dengan harga jual tadi serta
didarab 100.

o Lagi kecil % spread yang kita dapat adalah lagi untung.

o Ini kerana, setelah peratus keuntungan ditolak dengan peratus spread
jual-beli, maka itulah untung bersih yang kita akan dapat sebelum ditolak
zakat sebanyak 2.5% setahun.

o Peratusan spread adalah sangat penting untuk dilihat dalam membeli emas
mengatasi aspek harga emas sebenarnya.

5. Mudah Dijual balik

o Mudah dijual balik maksudnya, sekiranya kita hendak menjualnya selain
memajaknya diwaktu terdesak, ianya mestilah mudah dan senang.

o Menjual emas kepada sesiapa pun memanglah mudah sebenarnya, tetapi untuk
mendapatkan keuntungan yang maksimum, seeloknya menjual emas kita tadi
kepada tempat atau orang yang kita belinya.

o Emas Poh Kong dijual balik ke Poh Kong, Wah Chan ke Wah Chan, Poh Win ke
Poh Win dan Public Gold kepada pihak Public Gold kembali samada dealer atau
syarikat itu sendiri.

6. Stok yang banyak

o Jika kita nak menyimpan emas, biasanya waktu harga murah ramai yang ingin
beli emas.

o Penjual yang hanya menjual sedikit amaun gram emas sahaja diwaktu harga
murah adalah tidak elok bagi kita pelabur.

o Di waktu harga emas mahal dan tinggi, banyak pula stoknya.

o Jadi ini tidak baik untuk strategi pelaburan kita dalam emas.

o Oleh itu, memastikan emas yang dibekalkan adalah sentiasa mencukupi dan
banyak adalah penting.

7. Jaminan belian balik

o Emas tulen seperti emas 24k atau emas yang masih lagi lembut seperti emas
23k dan emas 22k sangat senang terdedah kepada pelbagai risiko fizikal
seperti kemek, patah, terguris, calar dan bengkok terutamanya pada emas 24k.

o Jadi, satu jaminan belian balik oleh pihak penjual emas tadi dari kita
adalah sangat penting.

o Ini kerana, walaupun emas itu boleh rosak atau dirosakkan, namun, nilainya
tetap tidak berubah asalkan berat dan kualiti ketulenannya adalah sama.

No comments:

Post a Comment